2019年12月1日星期日

Ahli Keluarga Yang Dicintai


Ahli keluarga merupakan orang yang paling terdekat dengan kami. Ahli keluarga mengandungi ibu bapa, dan adik-beradik. Ibu bapa merupakan orang yang melahirkan anak-anak mereka dan membesarkan mereka. Ahli keluarga adalah sangat penting untuk semua masyarakat. Saya juga tidak dikecualikan.

Selepas memasuki Universiti Putra Malaysia, saya dan rakan-rakan jarang mempunyai masa untuk balik ke rumah sendiri. Bak kata peribahasa, air yang dicincang tidak akan putus. Walaupun menpunyai jarak yang jauh dengan ahli keluarga tetapi masih tidak akan mempunyai halangan dan lintangan di antaranya.

Minggu ini, saya menerima panggilan dari ibu. Saya berasa terkejut dan gembira. Ibu menanya saya ada masa tak? Bapa ingin datang ke UPM untuk mencari saya dan kakak makan malam bersama-sama. Ini merupakan kali pertama ibu bapa saya datang ke UPM cari saya untuk makan malam.
Kakak saya juga merupakan mahasiswi di UPM tetapi fakulti dan kursus yang diambil oleh kakak adalah beza dengan saya. Walaupun kami merupakan mahasiswi di UPM tetapi tidak mempunyai masa untuk bertemu.

Selepas menerima panggilan ibu, saya terus berjanji dengan ibu saya ada masa dan bersedia untuk menunggu ibu bapa datang ke sini.

Selepas dua jam, ibu bapa dan adik telah tiba di kolej saya. Mereka membawa saya dulu baru pergi membawa kakak. Saya dan kakak berbincang untuk mencari satu kafe yang mempunyai makanan yang sedap untuk memberikan ahli keluarga mencuba makanan yang kami pernah makan di sini. Oleh itu, kami telah membuat keputusan pergi ke kafe yang bernama “Moodment”. Kafe ini sesuai untuk makan bersama dengan ahli keluarga kerana situasi ini sesuai untuk berbual-bual.

Selepas kami sudah sampai di kafe ini dan sudah “order” makanan, kami berbual-bual dan sampai menunggu makanan dihidangkan.
Saya dengan kakak telah mengkongsikan segala perkara yang berlaku di sekeliling kami termasuk masalah yang dihadapi dan juga perkara yang gembira.
Masa bersama dengan ahli keluarga adalah sangat sangat cepat. Sudah sampai masa untuk balik ke kolej kerana esok mempunyai kuliah.
Saya bersama sangat gembira kerana ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk datang ke UPM mencari kami untuk makan malam. Ini merupakan pengalaman yang akan diingati dalam kehidupan saya.
Ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa dan juga “I 💓 You All”

2019年11月23日星期六

Buku-Buku yang dibaca


Saya telah membeli tiga buah buku iaitu “Detik Persona” , “Bingkisan Puteri 3 Negeri” dan “Titik ke Titik, Hujan”. Tiga-tiga buku merupakan jenis buku yang berbeza. “Detik Persona” merupakan novel remaja dan watak dalam novel ini merupakan pelajar sekolah menengah yang menceritakan pasal konflik antara kawan-kawannya. Pada mulanya saya berasa susah untuk mamahami tentang perkataan yang digunakan dalam novel ini. Namun begitu, apabila saya membaca buku ini secara jelas maka dapat memahami cerita dalam novel ini. Cerita dalam novel adalah bermula daripada seorang yang bernama Falina mencuriga Ain yang menciplak karya orang lain dan menganggap sebagai karya sendiri. Saya berasa bosan pada awalnya tetapi selepas membaca novel ini selama beberapa hari, saya ingin mengetahui akibat Ain tersebut. Novel ini sesuai dibaca untuk semua orang. Melalui membaca novel ini, saya dapat mengenali beberapa perkataan yang baharu.
Seterusnya, buku yang kedua yang bernama “Bingkisan Puteri 3 Negeri” mempunyai 15 buah cerpen hasil karya tiga pengarang wanita yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Dari 15 buah cerpen tersebut, saya telah membaca cerpen yang bertajuk “Bunga Kantan Bonda”. Dalam cerpen ini saya mendapat sesuatu idea dan cara untuk menulis cerpen saya. Manakala, buku yang bernama “Titik ke Titik, Hujan” merupakan buku puisi. Daripada buku ini, saya telah mamahami format tentang puisi.

Kesimpulannya, tiga buku ini adalah jenis yang berbeza. Diharapkan bahawa setiap individu dapat membaca buku yang pelbagai jenis supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri dan juga dapat memahami segala perkara yang baharu.

2019年11月17日星期日

PENGALAMAN DALAM KULIAH BBK3410


Nama kuliah BBK 3410 ialah Penglahiran Bakat Kreatif. Kuliah ini adalah menbantu pelajar dalam menghasilkan segala karya yang kreatif. Dalam kuliah ini saya telah mempelajari kita haruslah sentiasa membaca buku. Kita haruslah membaca buku yang pelbagai jenis. Hal ini kerana melalui membaca buku kita dapat mengetahui dan mamahami cara menulis novel, cerpen dan puisi. Pensyarah mencadangkan kita membaca karya Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair, pelukis Malaysia dan tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14. Selain daripada membaca buku-buku, pensyarah juga sentiasa mengingati kami harus memberi perhatian kepada isu yang berlaku. Kita harus peka terhadap isu semasa yang berlaku supaya dapat mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jadi, dalam kuliah BBK 3410, kami tidak hanya belajar tentang apa yang dalam nota yang berada di Putrablash kami juga mempelajari pelbagai perkara.

2019年11月12日星期二

PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA

Terdapat seorang pensyarah suka menanya isu semasa di kelas pada setiap minggu kuliah. Dalam minggu ini, terdapat seorang mahasiswa menerangkan isu yang diketahui oleh masyarakat Malaysia. Isu tersebut adalah berita berkaitan dengan sesuatu iklan. Perbuatan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam untuk tujuan komersial atau sekadar suka-suka adalah dilarang dalam Islam. Menurutnya, aktiviti mengambil gambar di tanah perkuburan turut menjadi perbahasan dalam kalangan ulama iaitu tentang keharusan bergambar dinilai berdasarkan tujuan yang dibenarkan sahaja. Pembuatan ini telah diketahui oleh banyak masyarakat dan telah membawa kesan negatif kepada mereka.
Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak harus dilakukan kerana ini telah menunjukkan ketidakhormatan kepada agama lain atau kepada orang yang meninggal dunia. Tempat kubur merupakan tempat “rehat” kepada orang yang meninggal dunia, jadi kita seharusnya tidak patut menggangu keamanan mereka.
Perbuatan ini juga akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara agama lain. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghormati agama kaum lain supaya dapat mengekalkan keamanan Malaysia.

2019年11月6日星期三

Pesta Makanan Tradisional Melayu


Hari ini aktiviti pesta makanan tradisional melayu dianjurkan dan menempatkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, pelbagai jenis makanan tradisional melayu dapat dijumpai di pesta makanan tersebut. Terdapat nasi dagang, nasi kerabu, satay, laksa dan sebagainya.

Selain daripada makanan tradisional melayu juga mempunyai banyak persembahan yang menarik. Pada awalnya, majlis perasmian telah bermula dan seterusnya mempunyai persembahan Selamat Datang Silat Tun Fatimah oleh Anak-Anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Persembahan mereka adalah sangat menarik kerana dapat menarik perhatian saya.

Terdapat juga pertandingan dan persembahan yang lain. Pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kolaj, Pertandingan Kembara Resepi, Pertandingan Ukir Buah dan sebagainya. Seterusya mempunyai persembahan kebudayaan dari pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Persembahan yang pertama yang bertajuk  “Serunding Nasi Pulut” . Ia mempunyai empat situasi yang berbeza, salah satu situasi ialah seorang memasakkan makanan ingin hantar kepada seorang nenek tetapi makanan tersebut dimakan oleh anak nenek. Dari empat situasi yang berbeza tetapi mesej yang ingin disampai adalah sama, iaitu kita haruslah melakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Persembahan yang kedua ialah pantun yang berkaitan dengan makanan tradisional mengikut negeri masing-masing Seterusnya, persembahan ketiga ialah “bihun goreng berkuah laksa”. Persembahan yang ketiga ini saya tidak dapat menonton semua kerana harus pergi ke kuliah yang seterusnya.

Makanan yang saya beli di pesta makanan tradisional melayu ialah Nasi Dadang manakala kawan saya membeli Nasi Kerabu. Ini merupakan kali pertama saya mencuba nasi dagang. Selepas mencuba makan Nasi Dagang, saya rasa nasi dagang ini sangat enak. Kalau ada peluang lagi, saya berharap dapat mencuba lagi makanan tradisional melayu supaya dapat memahami budaya makanan tradisional Melayu.



2019年11月2日星期六

Pengalaman Kembara Di Melaka


Sebelum memasuki unversiti, ahli keluarga dengan saya telah melancong ke Melaka. Hari ini saya akan mengkongsikan pengalaman kembara saya dengan ahli keluarga di Melaka. Bapa saya merupakan seorang yang tidak akan membawa kami pergi ke mana-mana untuk melancong. Pelan melancong ini diperkenalkan oleh saudara-mara. Mak Cik saya merupakan orang yang merancang intinerari  untuk melancong ke Melaka. Beliau telah membuat segala ‘penyelidikan’ tentang hotel dan juga tempat terkenal di Melaka.

Mak Cik telah merancang melancong sebanyak tiga hari di Melaka. Sebanyak empat keluarga yang pergi bersama-sama. Jumlahnya sebanyak 20 orang dalam pelancongan ini. Mak Cik telah mencari sebuah hotel yang harganya murah dan bersih untuk kami semua. Setiap keluarga mempunyai dua bilik. Bagi keluarga saya, ibu bapa sebilik dan kakak,adik dan saya sebilik.

Kami sudah bangun pada pukul 6:30am. dan berkumpul di tempat yang ditetapkan oleh Mak Cik untuk bertolak bersama ke Melaka. Pada pukul 11:30am , kami telah sampai di destinasi.
Kami ‘check in’ dulu di hotel dan bermula mencari makanan di Melaka. Restoren  pertama yang kami makan di Melaka merupakan restoran yang menjual makanan nyonya. Ini merupakan kali pertama saya memakan makanan nyonya. Antara lauk-pauk yang saya suka ialah ayam pongteh.
Dalam tiga hari ini kami telah pergi ke tempat terkenal di Melaka seperti The Stadthuys, Muzium Cheng Ho, ,Jonker Walk dan  Kota A Famosa.

Semua tempat yang dikunjungi merupakan tempat yang mempunyai banyak sejarah. Ini telah memberikan saya memahami sejarah Melaka. Dan saya memang berasa syukur dan terima kasih kepada Mak Cik yang merancangkan semua ini.

Melaka merupakan tempat yang dipenuhi dengan sejarah , Ia adalah tempat yang sesuai untuk melancong. Kami boleh lebih memahami sejarah negara kita apabila melancong ke Melaka.

2019年10月27日星期日

Cuti 'Mid Sem'

Selepas minggu peperiksaan, semua mahasiswa di UPM mempunyai cuti seminggu dari 28 Oktober hingga 2 Noverber 2019. Cuti seminggu ini disebabkan oleh Hari Deepavali. Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan. Hari Deepavali ialah perayaan untuk kaum India.

Sebagai seorang mahasiswa di universiti,kita sentiasa tidak mempunyai masa untuk balik ke rumah sendiri. Hal ini kerana semua dari negeri yang berbeza dan juga mempunyai banyak aktiviti seperti aktiviti kolej. Mahasiswa yang ingin meninggal di kolej pada tahun depan haruslah menyertai aktiviti kolej supaya dapat merit yang mencukupi. Sesetengah mahasiswa sudah balik rumah pada hari Jummat selepas mereka habis kuliah manakala sesetengah mahasiswa balik pada hari Sabtu selepas habis aktiviti kokurikulum.

Ibu dan bapa sentiasa bertanya : ‘Bila awak akan balik?’ Saya sentiasa jawab : ‘Saya akan balik apabila ada cuti’. Kali ini merupakan kali pertama saya balik rumah selepas memasuki UPM. Selepas saya sudah mengenalpasti ingin balik pada hari Sabtu, saya telah menelefon ibu bapa~ Mereka memberitahu akan datang ambil saya pada petang hari Sabtu.
Pagi-pagi, semua rakan sebilik sudah mengemaskan barang sendiri untuk balik ke rumah, saya juga tidak dikecualikan. Saya sudah mengemaskan barang saya pada awal pagi~ Tetapi, ibu bapa akan datang pada pukul 4pm….

Saya merupakan orang yang paling lewat balik ke rumah berbanding dengan rakan sebilik saya. Namum begitu, saya juga berasa sangat gembira kerana dapat balik ke rumah sendiri.
Rumah dan ahli keluarga sangat penting terhadap semua orang. Jadi, kami haruslah sentiasa menghargai masa bersama dengan ahli keluarga.

2019年10月21日星期一

Minggu Peperiksaan Di UPM

Masa perbelajaran di Universiti Putra Malaysia sudah beberapa minggu. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan kepada kami. Masa peperiksaan di universiti adalah mengikuti pensyarah masing-masing. Ini merupakan perbezaan antara universiti dengan sekolah menengah. Pada masa sekolah menengah semua pelajar mengambil peperiksaan dalam tempoh masa yang sama. Manakala, masa peperiksaan di universiti adalah mengikut masa yang ditentukan oleh pensyarah. Sesuatu subjek akan mempunyai peperiksaan pertengahan tetapi sesuatu subjek tidak mempunyai peperiksaan pertengahan.

Tiga subjek yang saya ambil mempunyai peperikasaan pertengahan. Dalam minggu peperiksaan ini, saya dan rakan-rakan berulang kaji dengan subjek yang tertentu di kantin dan perpustakaan. Ini merupakan kali pertama kami mengambil peperiksaan selepas memasuki universiti. Pada mulanya, kami merasa ketakutan terhadap peperiksaan yang akan datang. Hal ini demikian kerana kami tidak mempunyai contoh soalan untuk dirujukkan. Jadi, kami telah berusaha mengulang kaji untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Subjek pertama yang mempunyai peperiksaan ialah ‘Bahasa Melayu Tertinggi’. Semua mahasiswa dan mahasiswi datang awal pada hari peperiksaan tersebut. Manakala, peperiksaan tersebut tidak bermula dalam masa yang ditetapkan. Masa peperiksaan telah dipertangguhkan selama 30 minit. Pensyarah memberitahu kepada kita disebabkan oleh masalah teknikal jadi masa peperiksaan harus dipertangguhkan. Selepas 30 minit, kami telah mendapat kertas soalan dan juga ‘OMR Form’. ‘OMR Form’ merupakan kertas menjawab soalan objektif. Kami harus mengisi jawapan dalam kertas tersebut.


Selain subjek ‘Bahasa Melayu Tertinggi’ , peperiksaan subjek lain telah dijalankan dengan lancar. Semua soalan dalam tiga-tiga subjek ini mempunyai soalan yang senang dan juga susah Dari tiga subjek yang mempunyai peperiksaan ini, kami telah mengetahui cara soalan dikeluarkan dan tidak akan berasa keliru apabila peperiksaan diadakan.  Saya mengharapkan bahawa boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan pertengahan ini.



2019年10月12日星期六

Pakaian Tradisional Di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang tardiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadasan, Iban dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang lain. 


Hari ini saya akan memperkenalkan pakaian tradisional di Malaysia. Pakaian Tradisional untuk kaum Melayu ialah Baju Melayu dan Baju Kurung.Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Beju Cekak Musang. Baju ini dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Manakala, Baju Kurung merupakan pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labur. Kabiasaanya, pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal.

Selain itu, pakaian tradisional untuk kaum Cina ialah Cheongsam dan Samfu. Cheongsam merupakan pakaian wanita  Cina. Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheongsam dibuat dengan menggunakan kain-kain yang lembut. Manakala, Samfu merupakan pakaian lelaki Cina. Samfu dibuat dengan menggunakan kain nipis yang tidak bercorak. Pakaian ini juga terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai dengan seluar yang longgar.

Seterusnya, pakaian tradisional untuk kaum India ialah Sari dan Kurta. Sari merupakan pakaian tradisional untuk wanita India. Sari merupakan pakaian seharian untuk kaum India. Kain Sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Manakala, Kurta merupakan pakaian tradisional untuk lelaki India. Kurta mempunyai kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas.

Penjelasan di atas telah memperkenalkan baju tradisional di Malaysia antara beberapa kaum. Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu, budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Diharapkan bahawa semua rakyat Malaysia mengekalkan budaya sendiri dan tidak melupakan budaya sendiri.





2019年10月6日星期日

Makanan Kegemaran Saya

Semua orang mempunyai makanan yang digemari, saya juga tidak dikecualikan. Makanan kegemaran saya ialah Karipap. Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.

Karipap sangat biasa dijumpai di Malaysia, ia juga merupakan makanan tradisional orang Malaysia. Kami sentiasa boleh jumpai Karipap di kantin sekolah. Ini merupakan salah satu kenangan saya di sekolah.

Salah satu sebab karipap merupakan makanan kegemaran saya kerana karipap dipenuhkan dengan memory saya di sekolah menengah. Saya sentiasa makan karipap pada waktu rehat. Kalau hendak memilih satu makanan untuk melambangkan kehidupan sekolah menengah saya, saya akan pilih karipap. Spicy tapi sedap. Kami harus mengambil peperiksaan SPM apabila tahun terakhir di sekolah menengah. Walaupun kami sangat letih dalam pebelajaran kami tetapi masih mempunyai banyak perkara yang baik berlaku di kehidupan kami.


Bahan-bahan untuk kulit :

  1. 500gm tepung gandum dan sedikit garam
  2. 2 sudu besar minyak sapi
  3. 2 sudu besar mentega
  4. Sedikit air
Cara-cara membuat kulit Karipap:
  1. Cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  2. Tuangkan ke dalam tepung dan gual rata
  3. Campurkan dengan sedikit air
  4. Sekadar dijadikan sebuku doh dan jangan diuli
  5. Ambil sebuku dan torakkan nipis-nipis.
Bahan untuk Membuat Inti :
  1. 6 biji telur
  2. 5 biji telur (dikocok)
  3. 1 biji bawang merah (hiris)
  4. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  5. 2 ulas bawang putih (hiris)
  6. 4 tangkai daun parsley (hiris)
Cara-cara untuk membuat Karipap:
  1. Campurkan bahan-bahan inti dan gaul sebati dengan menggunakan garfu.
  2. Ambil kulit pastri dan letakkan di atas pinggan yang lekuk dalamnya.
  3. Ambil satu senduk kecil inti dan tuang di dalamnya.
  4. Temukan kulit pastri dan tekan dengan garfu
  5. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga keperangan
  6. Angkat dan toskan di atas kertas dapur
  7. Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis. *Ini mengikuti perisa yang disukai oleh anda.
Jadi, semua langkah yang diatas menunjukkan proses membuat Karipap. 😉

2019年9月29日星期日

Kawan-Kawan Datang🙆‍♀️

"Kawan gerak banyak, kawan menangis jarang bersuara". Peribahasa ini bermakna sahabat di waktu senang banyak, manakala sahabat di waktu susah sedikit. Jadi, kawan-kawan atau sahabat yang menemani kami pada waktu susah harus dihargai 🙆‍♀️
Semua orang mempunyai kawan-kawan atau sahabat yang baik saya juga tidak dikecualikan. Dari sekolah rendah sehingga STPM saya telah mengenali banyak kawan yang baik😜

Minggu ini, sahabat-sahabat saya yang mengenal pada waktu sekolah menengah ingin datang UPM untuk mencari saya😂 Mereka bukan sesuka hati datang~ Datang sini disebabkan hari jadi salah satu sahabat. Tahun ini merupakan tahun yang penting kepada dia kerana telah umur 21. Jadi, kami ingin meraikan hari jadi dia bersama-sama😉 Pada awalnya, saya tidak mengalakkan mereka datang sini kerana memerlukan perjalanan yang melebihi satu jam.... Tetapi, disebabkan mereka ingin meraikan bersama-sama dan tidak ingin kekurangan salah satu orang😂

Berumur "21" melambangkan sudah menjadi orang dewasa terhadap kaum Cina. Jadi, apabila seseorang yang berumur 21 haruslah meraikan bersama dengan orang yang penting seperti ibu bapa, ahli keluarga , sahabat-sahabat dan sebagainya.

Mereka datang ke UPM pada pukul 2p.m. Kami telah pergi ke IOI CITY MALL untuk makan tengah hari.
Restoran yang dipilih merupakan restoran yang menjual makanan Korea. Makanan ini dipanggil ''BiBimBap'' iaitu makanan korea yang disajikan dalam mangkuk yang berisi dengan nasi panas, sayur-sayuran, tulur dan juga ayam. Makanan ini haruslah dikacau panas-panas sebelum dimakan.

Selepas makan tengah hari, kami berjalan-jalan di IOI CITY MALL. Terdapat kedai yang bernama "QQ OUTLET" mengada aktiviti promosi untuk baju tetapi kami tidak membeli kerana tidak ingin membazirkan duit..... Duit sudah tak cukup untuk guna macam mana beli baju 🤣

Kami meraikan hari jadi kawan di satu kafe yang bernama "MOODMENT" . Makanan kafe ini tidak mahal sangat dan juga mempunyai suasana yang baik untuk meraikan hari jadi.

Selepas makan malam, saya telah balik ke Kolej~~~~




2019年9月20日星期五

Kali Pertama "Berjalan-jalan" selepas datang UPM

Sudah belajar dua minggu dan datang UPM sudah nak sampai satu bulan, tetapi masih belum mempunyai peluang untuk memahami dan mengenalkan tempat-tempat yang terkenal di sekelilingnya. Kakak saya juga melanjutkan pelajaran dia di UPM, dia juga adalah seorang mahasiswa UPM. Jadi, jika mempunyai masa dia akan datang cari saya dengan keluar bersama-sama 😂.  Pensyarah dia menyuruh mereka harus pergi ke Balai Seni Negara jadi dia membawa saya pergi juga selepas waktu kuliah saya habis pada pukul 10a.m.

Kawan kakak mempunyai kereta sendiri jadi mereka menyuruh saya menunggu mereka di depan Fakulti FBMK. Selepas lima belas minit mereka telah sampai dan kami bertolak ke Balai Seni Negara. Kami menggunakan tiga puluh minit lebih untuk pergi ke Balai Seni Negara. Apabila sudah sampai di destinasi tersebut kami bermula menikmati semua karya reka bentuk dan juga lukisan yang dipamerkan.😉


Gambar yang ditunjukkan merupakan karya reka bentuk yang dapat menarik perhatian saya. Salah satu yang saya berasa sangat berminat merupakan reka bentuk yang bernama ''Erascan''. Ia merupakan satu kombinasi antara pemadam papan putih dengan digital scanner. Idea ini telah memberi saya berasa sangat kreativiti.



Selepas keluar dari Balai Seni Negara, kami pergi mencari makanan kerana semua sudah lapar. Kami pergi ke "Lorong Panggung" untuk mencari makanan. Ini merupakan kali pertama saya pergi ke "Lorong Panggung". Terdapat banyak kafe dan juga restoran di sini. Kami telah memilih satu restoran yang mempunyai pendingin hawa kerana cuaca yang panas.... Restoran yang kami pilih sedang menjalankan promosi iaitu boleh mengisi semula semua minuman yang telah dihabiskan🤣Ini memang dapat membantu kami menjimatkan duit untuk membeli minuman sejuk🙆‍♀️ Jadi kami merasa sangat berbaloi 😂🤣

Saya telah mengambil beberapa foto untuk memperingati kali pertama "melancong" dan berjalan-jalan di Lorong Panggung.

2019年9月18日星期三

Minggu Pertama Belajar


Minggu Perkasa sudah habis dan sudah memulakan perbelajaran kita. Gambar yang ditunjukkan di atas merupakan kuliah pertama pada hari pertama belajar. Kuliah ini ialah Pengenalkan kepada Teori Komunikasi. Kuliah pertama tidak mempunyai orang yang ramai tetapi selepas dua minggu akan meningkatkan bilangan pelajar yang ambil kursus ini.

Saya telah mendaftar lapan kursus termasuk kokurikulum di esmp. Lapan kursus yang didaftar telah mengikut pakej yang diberi pada minggu perkasa putra. Pada minggu pertama belajar, sentiasa berasa keliru dan juga membimbangan kursus sendiri. Didapati apa yang saya nak pada awalnya berbeza dengan apa yang saya belajar. 🤔 Saya ingat hanya saya mempunyai perasaan ini tetapi didapati kawan-kawan juga mempunyai perasaan yang sama🤣😂

Kami mula "membincangkan" sebab berlakunya masalah ini... Akhirnya! 🤣 Kami merasa masalah ini berlaku disebabkan oleh ketidaksesuaian kehidupan di universiti kerana kali pertama meninggalkan rumah dan belajar di luar.

Saya mempercayai masa dapat membuktikan segala perkara. Kami harus berusaha dan berterusan untuk melanjutkan kursus supaya tidak menyesal pada masa depan.

Segala fikiran negatif telah dibuangkan dan dipenuhi dengan fikiran yang positif.

Pada minggu pertama belajar, semua pensyarah telah memperkenalkan kursus dengan jelas kepada kita. Tanggapan yang pertama terhadap pensyarah-pensyarah adalah mesra😝 Semua soalan yang ditanya akan diberikan jawapan yang jelas~~~~ Pensyatah-pensyarah juga memberitahu tarikh peperiksaan....

Saya berasa bertuah kerana mempunyai pensyarah yang baik🙆‍♀️



2019年9月14日星期六

MINGGU PERKASA DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Gambar UPM

"Seperti Rusa Masuk Kampung" 😖 merupakan perasaan pertama apabila saya memasuki universiti. Kali pertama memasuki UPM, saya berasa berada di keadaan kekeliruan....Hal ini kerana merupakan kali pertama meninggalkan ahli keluarga dan seorang tinggal di luar. Pada mulanya, saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Namun begitu, pada minggu perkasa saya telah mengenali kawan-kawan dan ini telah dapat membawa keceriaan kepada kehidupan saya 😝 Semua kawan mempunyai latar belakang yang berbeza, ada yang dari ASASI, STPM, DIPLOMA, dan sebagainya. Umur juga berbeza😂 Ada yang berumur 21, 20 dan juga 19 😱



Kolej yang saya tinggal merupakan Kolej 14, dikenali sebagai SERUMPUM. Terdapat 4 orang dalam satu bilik. Kawan yang bertinggal bersama saya mempunyai kawan dari negeri Melaka, Johor dan Sarawak. Walaupun kami dari negeri yang berbeza, tetapi ini tidak menjadi halangan untuk kami menjadi sahabat🤣 Kami sentiasa berbual-bual dan makan bersama di kantin kolej.


Gambar yang diambil dengan rakan sebilik:

Ini merupakan gambar yang pertama yang diambil dengan bersama🙈

Minggu Perkasa dianjurkan dengan sepenuhnya aktiviti seperti aktiviti kolej, aktiviti majlis ikrar, dan aktiviti pergi ke fakulti masing-masing untuk mendaftar kursus dan juga mengenali suasana fakulti. Kami berasa sangat letih pada minggu perkasa kerana mempunyai banyak aktiviti yang dianjurkan. Tetapi, kami juga rasa menghargai segala aktiviti yang dianjurkan oleh fasilitator. "Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" , fasilitator harus bangun awal dan tidur lambat berbanding dengan kita. Mereka telah meluangkan masa dan juga tenaga untuk menganjurkan segala aktiviti. 😭






Gambar yang diambil selepas aktiviti majlis ikrar. Apabila ambil gambar ini kami semua belum bersedia dan masih berbual-bual😝








Gambar yang diambil selepas semua dah sedia...








Minggu Perkasa sudah tamat dan saya berasa sangat gembira kerana dapat mengenali kawan yang baru. Pada awalnya, saya berasa sangat letih pada minggu perkasa kerana setiap hari mempunyai aktiviti sampai waktu malam. Namum begitu, saya berasa syukur kerana mempunyai fasilitator yang baik. Jadi ingin mengucapkan terima kasih kepada fasilitator. ❤😛