Sudah belajar dua minggu dan datang UPM sudah nak sampai satu bulan, tetapi masih belum mempunyai peluang untuk memahami dan mengenalkan tempat-tempat yang terkenal di sekelilingnya. Kakak saya juga melanjutkan pelajaran dia di UPM, dia juga adalah seorang mahasiswa UPM. Jadi, jika mempunyai masa dia akan datang cari saya dengan keluar bersama-sama 😂. Pensyarah dia menyuruh mereka harus pergi ke Balai Seni Negara jadi dia membawa saya pergi juga selepas waktu kuliah saya habis pada pukul 10a.m.
Kawan kakak mempunyai kereta sendiri jadi mereka menyuruh saya menunggu mereka di depan Fakulti FBMK. Selepas lima belas minit mereka telah sampai dan kami bertolak ke Balai Seni Negara. Kami menggunakan tiga puluh minit lebih untuk pergi ke Balai Seni Negara. Apabila sudah sampai di destinasi tersebut kami bermula menikmati semua karya reka bentuk dan juga lukisan yang dipamerkan.😉
Gambar yang ditunjukkan merupakan karya reka bentuk yang dapat menarik perhatian saya. Salah satu yang saya berasa sangat berminat merupakan reka bentuk yang bernama ''Erascan''. Ia merupakan satu kombinasi antara pemadam papan putih dengan digital scanner. Idea ini telah memberi saya berasa sangat kreativiti.
Selepas keluar dari Balai Seni Negara, kami pergi mencari makanan kerana semua sudah lapar. Kami pergi ke "Lorong Panggung" untuk mencari makanan. Ini merupakan kali pertama saya pergi ke "Lorong Panggung". Terdapat banyak kafe dan juga restoran di sini. Kami telah memilih satu restoran yang mempunyai pendingin hawa kerana cuaca yang panas.... Restoran yang kami pilih sedang menjalankan promosi iaitu boleh mengisi semula semua minuman yang telah dihabiskan🤣Ini memang dapat membantu kami menjimatkan duit untuk membeli minuman sejuk🙆♀️ Jadi kami merasa sangat berbaloi 😂🤣
Saya telah mengambil beberapa foto untuk memperingati kali pertama "melancong" dan berjalan-jalan di Lorong Panggung.
没有评论:
发表评论