Ahli keluarga
merupakan orang yang paling terdekat dengan kami. Ahli keluarga mengandungi ibu
bapa, dan adik-beradik. Ibu bapa merupakan orang yang melahirkan anak-anak
mereka dan membesarkan mereka. Ahli keluarga adalah sangat penting untuk semua masyarakat.
Saya juga tidak dikecualikan.
Selepas memasuki
Universiti Putra Malaysia, saya dan rakan-rakan jarang mempunyai masa untuk
balik ke rumah sendiri. Bak kata peribahasa, air yang dicincang tidak akan
putus. Walaupun menpunyai jarak yang jauh dengan ahli keluarga tetapi masih
tidak akan mempunyai halangan dan lintangan di antaranya.
Minggu ini, saya
menerima panggilan dari ibu. Saya berasa terkejut dan gembira. Ibu menanya saya
ada masa tak? Bapa ingin datang ke UPM untuk mencari saya dan kakak makan malam
bersama-sama. Ini merupakan kali pertama ibu bapa saya datang ke UPM cari saya
untuk makan malam.
Kakak saya juga
merupakan mahasiswi di UPM tetapi fakulti dan kursus yang diambil oleh kakak
adalah beza dengan saya. Walaupun kami merupakan mahasiswi di UPM tetapi tidak
mempunyai masa untuk bertemu.
Selepas menerima
panggilan ibu, saya terus berjanji dengan ibu saya ada masa dan bersedia untuk
menunggu ibu bapa datang ke sini.
Selepas dua jam,
ibu bapa dan adik telah tiba di kolej saya. Mereka membawa saya dulu baru pergi
membawa kakak. Saya dan kakak berbincang untuk mencari satu kafe yang mempunyai
makanan yang sedap untuk memberikan ahli keluarga mencuba makanan yang kami
pernah makan di sini. Oleh itu, kami telah membuat keputusan pergi ke kafe yang
bernama “Moodment”. Kafe ini sesuai untuk makan bersama dengan ahli keluarga
kerana situasi ini sesuai untuk berbual-bual.
Selepas kami
sudah sampai di kafe ini dan sudah “order” makanan, kami berbual-bual dan
sampai menunggu makanan dihidangkan.
Saya dengan
kakak telah mengkongsikan segala perkara yang berlaku di sekeliling kami termasuk
masalah yang dihadapi dan juga perkara yang gembira.
Masa bersama
dengan ahli keluarga adalah sangat sangat cepat. Sudah sampai masa untuk balik
ke kolej kerana esok mempunyai kuliah.
Saya bersama
sangat gembira kerana ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk datang ke UPM
mencari kami untuk makan malam. Ini merupakan pengalaman yang akan diingati
dalam kehidupan saya.
Ingin
mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa dan juga “I 💓 You All”
没有评论:
发表评论