2019年11月12日星期二

PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA

Terdapat seorang pensyarah suka menanya isu semasa di kelas pada setiap minggu kuliah. Dalam minggu ini, terdapat seorang mahasiswa menerangkan isu yang diketahui oleh masyarakat Malaysia. Isu tersebut adalah berita berkaitan dengan sesuatu iklan. Perbuatan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam untuk tujuan komersial atau sekadar suka-suka adalah dilarang dalam Islam. Menurutnya, aktiviti mengambil gambar di tanah perkuburan turut menjadi perbahasan dalam kalangan ulama iaitu tentang keharusan bergambar dinilai berdasarkan tujuan yang dibenarkan sahaja. Pembuatan ini telah diketahui oleh banyak masyarakat dan telah membawa kesan negatif kepada mereka.
Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak harus dilakukan kerana ini telah menunjukkan ketidakhormatan kepada agama lain atau kepada orang yang meninggal dunia. Tempat kubur merupakan tempat “rehat” kepada orang yang meninggal dunia, jadi kita seharusnya tidak patut menggangu keamanan mereka.
Perbuatan ini juga akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara agama lain. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghormati agama kaum lain supaya dapat mengekalkan keamanan Malaysia.

没有评论:

发表评论