Sebelum memasuki
unversiti, ahli keluarga dengan saya telah melancong ke Melaka. Hari ini saya
akan mengkongsikan pengalaman kembara saya dengan ahli keluarga di Melaka. Bapa
saya merupakan seorang yang tidak akan membawa kami pergi ke mana-mana untuk
melancong. Pelan melancong ini diperkenalkan oleh saudara-mara. Mak Cik saya merupakan
orang yang merancang intinerari untuk
melancong ke Melaka. Beliau telah membuat segala ‘penyelidikan’ tentang hotel
dan juga tempat terkenal di Melaka.
Mak Cik telah merancang
melancong sebanyak tiga hari di Melaka. Sebanyak empat keluarga yang pergi bersama-sama.
Jumlahnya sebanyak 20 orang dalam pelancongan ini. Mak Cik telah mencari sebuah
hotel yang harganya murah dan bersih untuk kami semua. Setiap keluarga mempunyai
dua bilik. Bagi keluarga saya, ibu bapa sebilik dan kakak,adik dan saya
sebilik.
Kami sudah bangun pada
pukul 6:30am. dan berkumpul di tempat yang ditetapkan oleh Mak Cik untuk
bertolak bersama ke Melaka. Pada pukul 11:30am , kami telah sampai di
destinasi.
Kami ‘check in’ dulu di
hotel dan bermula mencari makanan di Melaka. Restoren pertama yang kami makan di Melaka merupakan
restoran yang menjual makanan nyonya. Ini merupakan kali pertama saya memakan makanan
nyonya. Antara lauk-pauk yang saya suka ialah ayam pongteh.
Dalam tiga hari ini
kami telah pergi ke tempat terkenal di Melaka seperti The Stadthuys, Muzium
Cheng Ho, ,Jonker Walk dan Kota A Famosa.
Semua tempat yang
dikunjungi merupakan tempat yang mempunyai banyak sejarah. Ini telah memberikan
saya memahami sejarah Melaka. Dan saya memang berasa syukur dan terima kasih
kepada Mak Cik yang merancangkan semua ini.
Melaka merupakan tempat
yang dipenuhi dengan sejarah , Ia adalah tempat yang sesuai untuk melancong.
Kami boleh lebih memahami sejarah negara kita apabila melancong ke Melaka.
没有评论:
发表评论