2019年10月6日星期日

Makanan Kegemaran Saya

Semua orang mempunyai makanan yang digemari, saya juga tidak dikecualikan. Makanan kegemaran saya ialah Karipap. Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.

Karipap sangat biasa dijumpai di Malaysia, ia juga merupakan makanan tradisional orang Malaysia. Kami sentiasa boleh jumpai Karipap di kantin sekolah. Ini merupakan salah satu kenangan saya di sekolah.

Salah satu sebab karipap merupakan makanan kegemaran saya kerana karipap dipenuhkan dengan memory saya di sekolah menengah. Saya sentiasa makan karipap pada waktu rehat. Kalau hendak memilih satu makanan untuk melambangkan kehidupan sekolah menengah saya, saya akan pilih karipap. Spicy tapi sedap. Kami harus mengambil peperiksaan SPM apabila tahun terakhir di sekolah menengah. Walaupun kami sangat letih dalam pebelajaran kami tetapi masih mempunyai banyak perkara yang baik berlaku di kehidupan kami.


Bahan-bahan untuk kulit :

  1. 500gm tepung gandum dan sedikit garam
  2. 2 sudu besar minyak sapi
  3. 2 sudu besar mentega
  4. Sedikit air
Cara-cara membuat kulit Karipap:
  1. Cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  2. Tuangkan ke dalam tepung dan gual rata
  3. Campurkan dengan sedikit air
  4. Sekadar dijadikan sebuku doh dan jangan diuli
  5. Ambil sebuku dan torakkan nipis-nipis.
Bahan untuk Membuat Inti :
  1. 6 biji telur
  2. 5 biji telur (dikocok)
  3. 1 biji bawang merah (hiris)
  4. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  5. 2 ulas bawang putih (hiris)
  6. 4 tangkai daun parsley (hiris)
Cara-cara untuk membuat Karipap:
  1. Campurkan bahan-bahan inti dan gaul sebati dengan menggunakan garfu.
  2. Ambil kulit pastri dan letakkan di atas pinggan yang lekuk dalamnya.
  3. Ambil satu senduk kecil inti dan tuang di dalamnya.
  4. Temukan kulit pastri dan tekan dengan garfu
  5. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga keperangan
  6. Angkat dan toskan di atas kertas dapur
  7. Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis. *Ini mengikuti perisa yang disukai oleh anda.
Jadi, semua langkah yang diatas menunjukkan proses membuat Karipap. 😉

没有评论:

发表评论