Hari ini aktiviti pesta makanan tradisional melayu dianjurkan dan menempatkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, pelbagai jenis makanan tradisional melayu dapat dijumpai di pesta makanan tersebut. Terdapat nasi dagang, nasi kerabu, satay, laksa dan sebagainya.
Selain daripada makanan tradisional melayu juga mempunyai banyak persembahan yang menarik. Pada awalnya, majlis perasmian telah bermula dan seterusnya mempunyai persembahan Selamat Datang Silat Tun Fatimah oleh Anak-Anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Persembahan mereka adalah sangat menarik kerana dapat menarik perhatian saya.
Terdapat juga pertandingan dan persembahan yang lain. Pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kolaj, Pertandingan Kembara Resepi, Pertandingan Ukir Buah dan sebagainya. Seterusya mempunyai persembahan kebudayaan dari pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Persembahan yang pertama yang
bertajuk “Serunding Nasi Pulut” . Ia
mempunyai empat situasi yang berbeza, salah satu situasi ialah seorang
memasakkan makanan ingin hantar kepada seorang nenek tetapi makanan tersebut
dimakan oleh anak nenek. Dari empat situasi yang berbeza tetapi mesej yang
ingin disampai adalah sama, iaitu kita haruslah melakukan tanggungjawab sebagai
seorang anak. Persembahan yang kedua ialah pantun yang berkaitan dengan makanan
tradisional mengikut negeri masing-masing Seterusnya, persembahan ketiga ialah
“bihun goreng berkuah laksa”. Persembahan yang ketiga ini saya tidak dapat menonton semua kerana harus pergi ke kuliah yang seterusnya.Makanan yang saya beli di pesta makanan tradisional melayu ialah Nasi Dadang manakala kawan saya membeli Nasi Kerabu. Ini merupakan kali pertama saya mencuba nasi dagang. Selepas mencuba makan Nasi Dagang, saya rasa nasi dagang ini sangat enak. Kalau ada peluang lagi, saya berharap dapat mencuba lagi makanan tradisional melayu supaya dapat memahami budaya makanan tradisional Melayu.
没有评论:
发表评论