Saya telah membeli tiga
buah buku iaitu “Detik Persona” , “Bingkisan Puteri 3 Negeri” dan “Titik ke
Titik, Hujan”. Tiga-tiga buku merupakan jenis buku yang berbeza. “Detik
Persona” merupakan novel remaja dan watak dalam novel ini merupakan pelajar
sekolah menengah yang menceritakan pasal konflik antara kawan-kawannya. Pada
mulanya saya berasa susah untuk mamahami tentang perkataan yang digunakan dalam
novel ini. Namun begitu, apabila saya membaca buku ini secara jelas maka dapat
memahami cerita dalam novel ini. Cerita dalam novel adalah bermula daripada
seorang yang bernama Falina mencuriga Ain yang menciplak karya orang lain dan
menganggap sebagai karya sendiri. Saya berasa bosan pada awalnya tetapi selepas
membaca novel ini selama beberapa hari, saya ingin mengetahui akibat Ain tersebut.
Novel ini sesuai dibaca untuk semua orang. Melalui membaca novel ini, saya
dapat mengenali beberapa perkataan yang baharu.
Seterusnya, buku yang
kedua yang bernama “Bingkisan Puteri 3 Negeri” mempunyai 15 buah cerpen hasil karya
tiga pengarang wanita yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Brunei
Darussalam dan Indonesia. Dari 15 buah cerpen tersebut, saya telah membaca
cerpen yang bertajuk “Bunga Kantan Bonda”. Dalam cerpen ini saya mendapat
sesuatu idea dan cara untuk menulis cerpen saya. Manakala, buku yang bernama “Titik
ke Titik, Hujan” merupakan buku puisi. Daripada buku ini, saya telah mamahami
format tentang puisi.
Kesimpulannya, tiga
buku ini adalah jenis yang berbeza. Diharapkan bahawa setiap individu dapat membaca
buku yang pelbagai jenis supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri dan
juga dapat memahami segala perkara yang baharu.
没有评论:
发表评论