2019年9月18日星期三

Minggu Pertama Belajar


Minggu Perkasa sudah habis dan sudah memulakan perbelajaran kita. Gambar yang ditunjukkan di atas merupakan kuliah pertama pada hari pertama belajar. Kuliah ini ialah Pengenalkan kepada Teori Komunikasi. Kuliah pertama tidak mempunyai orang yang ramai tetapi selepas dua minggu akan meningkatkan bilangan pelajar yang ambil kursus ini.

Saya telah mendaftar lapan kursus termasuk kokurikulum di esmp. Lapan kursus yang didaftar telah mengikut pakej yang diberi pada minggu perkasa putra. Pada minggu pertama belajar, sentiasa berasa keliru dan juga membimbangan kursus sendiri. Didapati apa yang saya nak pada awalnya berbeza dengan apa yang saya belajar. 🤔 Saya ingat hanya saya mempunyai perasaan ini tetapi didapati kawan-kawan juga mempunyai perasaan yang sama🤣😂

Kami mula "membincangkan" sebab berlakunya masalah ini... Akhirnya! 🤣 Kami merasa masalah ini berlaku disebabkan oleh ketidaksesuaian kehidupan di universiti kerana kali pertama meninggalkan rumah dan belajar di luar.

Saya mempercayai masa dapat membuktikan segala perkara. Kami harus berusaha dan berterusan untuk melanjutkan kursus supaya tidak menyesal pada masa depan.

Segala fikiran negatif telah dibuangkan dan dipenuhi dengan fikiran yang positif.

Pada minggu pertama belajar, semua pensyarah telah memperkenalkan kursus dengan jelas kepada kita. Tanggapan yang pertama terhadap pensyarah-pensyarah adalah mesra😝 Semua soalan yang ditanya akan diberikan jawapan yang jelas~~~~ Pensyatah-pensyarah juga memberitahu tarikh peperiksaan....

Saya berasa bertuah kerana mempunyai pensyarah yang baik🙆‍♀️



没有评论:

发表评论