2019年10月12日星期六

Pakaian Tradisional Di Malaysia

Malaysia merupakan negara yang tardiri daripada rakyatnya yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti kaum Dusun, Murut, Bajau, Kadasan, Iban dan sebagainya. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang lain. 


Hari ini saya akan memperkenalkan pakaian tradisional di Malaysia. Pakaian Tradisional untuk kaum Melayu ialah Baju Melayu dan Baju Kurung.Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Beju Cekak Musang. Baju ini dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Manakala, Baju Kurung merupakan pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labur. Kabiasaanya, pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal.

Selain itu, pakaian tradisional untuk kaum Cina ialah Cheongsam dan Samfu. Cheongsam merupakan pakaian wanita  Cina. Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheongsam dibuat dengan menggunakan kain-kain yang lembut. Manakala, Samfu merupakan pakaian lelaki Cina. Samfu dibuat dengan menggunakan kain nipis yang tidak bercorak. Pakaian ini juga terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai dengan seluar yang longgar.

Seterusnya, pakaian tradisional untuk kaum India ialah Sari dan Kurta. Sari merupakan pakaian tradisional untuk wanita India. Sari merupakan pakaian seharian untuk kaum India. Kain Sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Manakala, Kurta merupakan pakaian tradisional untuk lelaki India. Kurta mempunyai kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas.

Penjelasan di atas telah memperkenalkan baju tradisional di Malaysia antara beberapa kaum. Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu, budaya memakai pakaian tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Diharapkan bahawa semua rakyat Malaysia mengekalkan budaya sendiri dan tidak melupakan budaya sendiri.





没有评论:

发表评论