Masa perbelajaran di Universiti Putra Malaysia sudah beberapa
minggu. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan kepada kami. Masa peperiksaan
di universiti adalah mengikuti pensyarah masing-masing. Ini merupakan perbezaan
antara universiti dengan sekolah menengah. Pada masa sekolah menengah semua
pelajar mengambil peperiksaan dalam tempoh masa yang sama. Manakala, masa
peperiksaan di universiti adalah mengikut masa yang ditentukan oleh pensyarah.
Sesuatu subjek akan mempunyai peperiksaan pertengahan tetapi sesuatu subjek
tidak mempunyai peperiksaan pertengahan.
Tiga subjek yang saya ambil
mempunyai peperikasaan pertengahan. Dalam minggu peperiksaan ini, saya dan
rakan-rakan berulang kaji dengan subjek yang tertentu di kantin dan
perpustakaan. Ini merupakan kali pertama kami mengambil peperiksaan selepas
memasuki universiti. Pada mulanya, kami merasa ketakutan terhadap peperiksaan
yang akan datang. Hal ini demikian kerana kami tidak mempunyai contoh soalan
untuk dirujukkan. Jadi, kami telah berusaha mengulang kaji untuk mendapatkan
keputusan yang baik.
Subjek pertama yang mempunyai peperiksaan ialah ‘Bahasa Melayu
Tertinggi’. Semua mahasiswa dan mahasiswi datang awal pada hari peperiksaan
tersebut. Manakala, peperiksaan tersebut tidak bermula dalam masa yang
ditetapkan. Masa peperiksaan telah dipertangguhkan
selama 30 minit. Pensyarah memberitahu kepada kita disebabkan oleh masalah teknikal
jadi masa peperiksaan harus dipertangguhkan. Selepas 30 minit, kami telah
mendapat kertas soalan dan juga ‘OMR Form’. ‘OMR Form’ merupakan kertas menjawab
soalan objektif. Kami harus mengisi jawapan dalam kertas tersebut.
Selain
subjek ‘Bahasa Melayu Tertinggi’ , peperiksaan subjek lain telah dijalankan
dengan lancar. Semua soalan dalam tiga-tiga subjek ini mempunyai soalan yang
senang dan juga susah Dari tiga subjek yang mempunyai peperiksaan ini, kami
telah mengetahui cara soalan dikeluarkan dan tidak akan berasa keliru apabila
peperiksaan diadakan. Saya mengharapkan
bahawa boleh mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan pertengahan ini.
没有评论:
发表评论