2019年12月1日星期日

Ahli Keluarga Yang Dicintai


Ahli keluarga merupakan orang yang paling terdekat dengan kami. Ahli keluarga mengandungi ibu bapa, dan adik-beradik. Ibu bapa merupakan orang yang melahirkan anak-anak mereka dan membesarkan mereka. Ahli keluarga adalah sangat penting untuk semua masyarakat. Saya juga tidak dikecualikan.

Selepas memasuki Universiti Putra Malaysia, saya dan rakan-rakan jarang mempunyai masa untuk balik ke rumah sendiri. Bak kata peribahasa, air yang dicincang tidak akan putus. Walaupun menpunyai jarak yang jauh dengan ahli keluarga tetapi masih tidak akan mempunyai halangan dan lintangan di antaranya.

Minggu ini, saya menerima panggilan dari ibu. Saya berasa terkejut dan gembira. Ibu menanya saya ada masa tak? Bapa ingin datang ke UPM untuk mencari saya dan kakak makan malam bersama-sama. Ini merupakan kali pertama ibu bapa saya datang ke UPM cari saya untuk makan malam.
Kakak saya juga merupakan mahasiswi di UPM tetapi fakulti dan kursus yang diambil oleh kakak adalah beza dengan saya. Walaupun kami merupakan mahasiswi di UPM tetapi tidak mempunyai masa untuk bertemu.

Selepas menerima panggilan ibu, saya terus berjanji dengan ibu saya ada masa dan bersedia untuk menunggu ibu bapa datang ke sini.

Selepas dua jam, ibu bapa dan adik telah tiba di kolej saya. Mereka membawa saya dulu baru pergi membawa kakak. Saya dan kakak berbincang untuk mencari satu kafe yang mempunyai makanan yang sedap untuk memberikan ahli keluarga mencuba makanan yang kami pernah makan di sini. Oleh itu, kami telah membuat keputusan pergi ke kafe yang bernama “Moodment”. Kafe ini sesuai untuk makan bersama dengan ahli keluarga kerana situasi ini sesuai untuk berbual-bual.

Selepas kami sudah sampai di kafe ini dan sudah “order” makanan, kami berbual-bual dan sampai menunggu makanan dihidangkan.
Saya dengan kakak telah mengkongsikan segala perkara yang berlaku di sekeliling kami termasuk masalah yang dihadapi dan juga perkara yang gembira.
Masa bersama dengan ahli keluarga adalah sangat sangat cepat. Sudah sampai masa untuk balik ke kolej kerana esok mempunyai kuliah.
Saya bersama sangat gembira kerana ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk datang ke UPM mencari kami untuk makan malam. Ini merupakan pengalaman yang akan diingati dalam kehidupan saya.
Ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa dan juga “I 💓 You All”

2019年11月23日星期六

Buku-Buku yang dibaca


Saya telah membeli tiga buah buku iaitu “Detik Persona” , “Bingkisan Puteri 3 Negeri” dan “Titik ke Titik, Hujan”. Tiga-tiga buku merupakan jenis buku yang berbeza. “Detik Persona” merupakan novel remaja dan watak dalam novel ini merupakan pelajar sekolah menengah yang menceritakan pasal konflik antara kawan-kawannya. Pada mulanya saya berasa susah untuk mamahami tentang perkataan yang digunakan dalam novel ini. Namun begitu, apabila saya membaca buku ini secara jelas maka dapat memahami cerita dalam novel ini. Cerita dalam novel adalah bermula daripada seorang yang bernama Falina mencuriga Ain yang menciplak karya orang lain dan menganggap sebagai karya sendiri. Saya berasa bosan pada awalnya tetapi selepas membaca novel ini selama beberapa hari, saya ingin mengetahui akibat Ain tersebut. Novel ini sesuai dibaca untuk semua orang. Melalui membaca novel ini, saya dapat mengenali beberapa perkataan yang baharu.
Seterusnya, buku yang kedua yang bernama “Bingkisan Puteri 3 Negeri” mempunyai 15 buah cerpen hasil karya tiga pengarang wanita yang mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Dari 15 buah cerpen tersebut, saya telah membaca cerpen yang bertajuk “Bunga Kantan Bonda”. Dalam cerpen ini saya mendapat sesuatu idea dan cara untuk menulis cerpen saya. Manakala, buku yang bernama “Titik ke Titik, Hujan” merupakan buku puisi. Daripada buku ini, saya telah mamahami format tentang puisi.

Kesimpulannya, tiga buku ini adalah jenis yang berbeza. Diharapkan bahawa setiap individu dapat membaca buku yang pelbagai jenis supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri dan juga dapat memahami segala perkara yang baharu.

2019年11月17日星期日

PENGALAMAN DALAM KULIAH BBK3410


Nama kuliah BBK 3410 ialah Penglahiran Bakat Kreatif. Kuliah ini adalah menbantu pelajar dalam menghasilkan segala karya yang kreatif. Dalam kuliah ini saya telah mempelajari kita haruslah sentiasa membaca buku. Kita haruslah membaca buku yang pelbagai jenis. Hal ini kerana melalui membaca buku kita dapat mengetahui dan mamahami cara menulis novel, cerpen dan puisi. Pensyarah mencadangkan kita membaca karya Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair, pelukis Malaysia dan tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang ke-14. Selain daripada membaca buku-buku, pensyarah juga sentiasa mengingati kami harus memberi perhatian kepada isu yang berlaku. Kita harus peka terhadap isu semasa yang berlaku supaya dapat mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jadi, dalam kuliah BBK 3410, kami tidak hanya belajar tentang apa yang dalam nota yang berada di Putrablash kami juga mempelajari pelbagai perkara.

2019年11月12日星期二

PANDANGAN TERHADAP ISU-ISU SEMASA

Terdapat seorang pensyarah suka menanya isu semasa di kelas pada setiap minggu kuliah. Dalam minggu ini, terdapat seorang mahasiswa menerangkan isu yang diketahui oleh masyarakat Malaysia. Isu tersebut adalah berita berkaitan dengan sesuatu iklan. Perbuatan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam untuk tujuan komersial atau sekadar suka-suka adalah dilarang dalam Islam. Menurutnya, aktiviti mengambil gambar di tanah perkuburan turut menjadi perbahasan dalam kalangan ulama iaitu tentang keharusan bergambar dinilai berdasarkan tujuan yang dibenarkan sahaja. Pembuatan ini telah diketahui oleh banyak masyarakat dan telah membawa kesan negatif kepada mereka.
Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak harus dilakukan kerana ini telah menunjukkan ketidakhormatan kepada agama lain atau kepada orang yang meninggal dunia. Tempat kubur merupakan tempat “rehat” kepada orang yang meninggal dunia, jadi kita seharusnya tidak patut menggangu keamanan mereka.
Perbuatan ini juga akan menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara agama lain. Oleh itu, kita haruslah sentiasa menghormati agama kaum lain supaya dapat mengekalkan keamanan Malaysia.

2019年11月6日星期三

Pesta Makanan Tradisional Melayu


Hari ini aktiviti pesta makanan tradisional melayu dianjurkan dan menempatkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, pelbagai jenis makanan tradisional melayu dapat dijumpai di pesta makanan tersebut. Terdapat nasi dagang, nasi kerabu, satay, laksa dan sebagainya.

Selain daripada makanan tradisional melayu juga mempunyai banyak persembahan yang menarik. Pada awalnya, majlis perasmian telah bermula dan seterusnya mempunyai persembahan Selamat Datang Silat Tun Fatimah oleh Anak-Anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan. Persembahan mereka adalah sangat menarik kerana dapat menarik perhatian saya.

Terdapat juga pertandingan dan persembahan yang lain. Pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kolaj, Pertandingan Kembara Resepi, Pertandingan Ukir Buah dan sebagainya. Seterusya mempunyai persembahan kebudayaan dari pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Persembahan yang pertama yang bertajuk  “Serunding Nasi Pulut” . Ia mempunyai empat situasi yang berbeza, salah satu situasi ialah seorang memasakkan makanan ingin hantar kepada seorang nenek tetapi makanan tersebut dimakan oleh anak nenek. Dari empat situasi yang berbeza tetapi mesej yang ingin disampai adalah sama, iaitu kita haruslah melakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Persembahan yang kedua ialah pantun yang berkaitan dengan makanan tradisional mengikut negeri masing-masing Seterusnya, persembahan ketiga ialah “bihun goreng berkuah laksa”. Persembahan yang ketiga ini saya tidak dapat menonton semua kerana harus pergi ke kuliah yang seterusnya.

Makanan yang saya beli di pesta makanan tradisional melayu ialah Nasi Dadang manakala kawan saya membeli Nasi Kerabu. Ini merupakan kali pertama saya mencuba nasi dagang. Selepas mencuba makan Nasi Dagang, saya rasa nasi dagang ini sangat enak. Kalau ada peluang lagi, saya berharap dapat mencuba lagi makanan tradisional melayu supaya dapat memahami budaya makanan tradisional Melayu.



2019年11月2日星期六

Pengalaman Kembara Di Melaka


Sebelum memasuki unversiti, ahli keluarga dengan saya telah melancong ke Melaka. Hari ini saya akan mengkongsikan pengalaman kembara saya dengan ahli keluarga di Melaka. Bapa saya merupakan seorang yang tidak akan membawa kami pergi ke mana-mana untuk melancong. Pelan melancong ini diperkenalkan oleh saudara-mara. Mak Cik saya merupakan orang yang merancang intinerari  untuk melancong ke Melaka. Beliau telah membuat segala ‘penyelidikan’ tentang hotel dan juga tempat terkenal di Melaka.

Mak Cik telah merancang melancong sebanyak tiga hari di Melaka. Sebanyak empat keluarga yang pergi bersama-sama. Jumlahnya sebanyak 20 orang dalam pelancongan ini. Mak Cik telah mencari sebuah hotel yang harganya murah dan bersih untuk kami semua. Setiap keluarga mempunyai dua bilik. Bagi keluarga saya, ibu bapa sebilik dan kakak,adik dan saya sebilik.

Kami sudah bangun pada pukul 6:30am. dan berkumpul di tempat yang ditetapkan oleh Mak Cik untuk bertolak bersama ke Melaka. Pada pukul 11:30am , kami telah sampai di destinasi.
Kami ‘check in’ dulu di hotel dan bermula mencari makanan di Melaka. Restoren  pertama yang kami makan di Melaka merupakan restoran yang menjual makanan nyonya. Ini merupakan kali pertama saya memakan makanan nyonya. Antara lauk-pauk yang saya suka ialah ayam pongteh.
Dalam tiga hari ini kami telah pergi ke tempat terkenal di Melaka seperti The Stadthuys, Muzium Cheng Ho, ,Jonker Walk dan  Kota A Famosa.

Semua tempat yang dikunjungi merupakan tempat yang mempunyai banyak sejarah. Ini telah memberikan saya memahami sejarah Melaka. Dan saya memang berasa syukur dan terima kasih kepada Mak Cik yang merancangkan semua ini.

Melaka merupakan tempat yang dipenuhi dengan sejarah , Ia adalah tempat yang sesuai untuk melancong. Kami boleh lebih memahami sejarah negara kita apabila melancong ke Melaka.

2019年10月27日星期日

Cuti 'Mid Sem'

Selepas minggu peperiksaan, semua mahasiswa di UPM mempunyai cuti seminggu dari 28 Oktober hingga 2 Noverber 2019. Cuti seminggu ini disebabkan oleh Hari Deepavali. Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira 1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan. Hari Deepavali ialah perayaan untuk kaum India.

Sebagai seorang mahasiswa di universiti,kita sentiasa tidak mempunyai masa untuk balik ke rumah sendiri. Hal ini kerana semua dari negeri yang berbeza dan juga mempunyai banyak aktiviti seperti aktiviti kolej. Mahasiswa yang ingin meninggal di kolej pada tahun depan haruslah menyertai aktiviti kolej supaya dapat merit yang mencukupi. Sesetengah mahasiswa sudah balik rumah pada hari Jummat selepas mereka habis kuliah manakala sesetengah mahasiswa balik pada hari Sabtu selepas habis aktiviti kokurikulum.

Ibu dan bapa sentiasa bertanya : ‘Bila awak akan balik?’ Saya sentiasa jawab : ‘Saya akan balik apabila ada cuti’. Kali ini merupakan kali pertama saya balik rumah selepas memasuki UPM. Selepas saya sudah mengenalpasti ingin balik pada hari Sabtu, saya telah menelefon ibu bapa~ Mereka memberitahu akan datang ambil saya pada petang hari Sabtu.
Pagi-pagi, semua rakan sebilik sudah mengemaskan barang sendiri untuk balik ke rumah, saya juga tidak dikecualikan. Saya sudah mengemaskan barang saya pada awal pagi~ Tetapi, ibu bapa akan datang pada pukul 4pm….

Saya merupakan orang yang paling lewat balik ke rumah berbanding dengan rakan sebilik saya. Namum begitu, saya juga berasa sangat gembira kerana dapat balik ke rumah sendiri.
Rumah dan ahli keluarga sangat penting terhadap semua orang. Jadi, kami haruslah sentiasa menghargai masa bersama dengan ahli keluarga.