Selepas minggu peperiksaan, semua mahasiswa di UPM
mempunyai cuti seminggu dari 28 Oktober hingga 2 Noverber 2019. Cuti seminggu
ini disebabkan oleh Hari Deepavali. Di
Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia kerana terdapat kira-kira
1.5 juta penganut Hindu yang kebanyakannya berasal dari India Selatan. Hari
Deepavali ialah perayaan untuk kaum India.
Sebagai seorang
mahasiswa di universiti,kita sentiasa tidak mempunyai masa untuk balik ke rumah
sendiri. Hal ini kerana semua dari negeri yang berbeza dan juga mempunyai banyak
aktiviti seperti aktiviti kolej. Mahasiswa yang ingin meninggal di kolej pada
tahun depan haruslah menyertai aktiviti kolej supaya dapat merit yang
mencukupi. Sesetengah mahasiswa sudah balik rumah pada hari Jummat selepas
mereka habis kuliah manakala sesetengah mahasiswa balik pada hari Sabtu selepas
habis aktiviti kokurikulum.
Ibu dan bapa sentiasa
bertanya : ‘Bila awak akan balik?’ Saya sentiasa jawab : ‘Saya akan balik
apabila ada cuti’. Kali ini merupakan kali pertama saya balik rumah selepas
memasuki UPM. Selepas saya sudah mengenalpasti ingin balik pada hari Sabtu,
saya telah menelefon ibu bapa~ Mereka memberitahu akan datang ambil saya pada
petang hari Sabtu.
Pagi-pagi, semua
rakan sebilik sudah mengemaskan barang sendiri untuk balik ke rumah, saya juga
tidak dikecualikan. Saya sudah mengemaskan barang saya pada awal pagi~ Tetapi,
ibu bapa akan datang pada pukul 4pm….
Saya merupakan orang
yang paling lewat balik ke rumah berbanding dengan rakan sebilik saya. Namum
begitu, saya juga berasa sangat gembira kerana dapat balik ke rumah sendiri.
Rumah dan ahli keluarga
sangat penting terhadap semua orang. Jadi, kami haruslah sentiasa menghargai
masa bersama dengan ahli keluarga.