Semua orang mempunyai kawan-kawan atau sahabat yang baik saya juga tidak dikecualikan. Dari sekolah rendah sehingga STPM saya telah mengenali banyak kawan yang baik😜
Minggu ini, sahabat-sahabat saya yang mengenal pada waktu sekolah menengah ingin datang UPM untuk mencari saya😂 Mereka bukan sesuka hati datang~ Datang sini disebabkan hari jadi salah satu sahabat. Tahun ini merupakan tahun yang penting kepada dia kerana telah umur 21. Jadi, kami ingin meraikan hari jadi dia bersama-sama😉 Pada awalnya, saya tidak mengalakkan mereka datang sini kerana memerlukan perjalanan yang melebihi satu jam.... Tetapi, disebabkan mereka ingin meraikan bersama-sama dan tidak ingin kekurangan salah satu orang😂
Berumur "21" melambangkan sudah menjadi orang dewasa terhadap kaum Cina. Jadi, apabila seseorang yang berumur 21 haruslah meraikan bersama dengan orang yang penting seperti ibu bapa, ahli keluarga , sahabat-sahabat dan sebagainya.
Mereka datang ke UPM pada pukul 2p.m. Kami telah pergi ke IOI CITY MALL untuk makan tengah hari.
Restoran yang dipilih merupakan restoran yang menjual makanan Korea. Makanan ini dipanggil ''BiBimBap'' iaitu makanan korea yang disajikan dalam mangkuk yang berisi dengan nasi panas, sayur-sayuran, tulur dan juga ayam. Makanan ini haruslah dikacau panas-panas sebelum dimakan.
Selepas makan tengah hari, kami berjalan-jalan di IOI CITY MALL. Terdapat kedai yang bernama "QQ OUTLET" mengada aktiviti promosi untuk baju tetapi kami tidak membeli kerana tidak ingin membazirkan duit..... Duit sudah tak cukup untuk guna macam mana beli baju 🤣
Kami meraikan hari jadi kawan di satu kafe yang bernama "MOODMENT" . Makanan kafe ini tidak mahal sangat dan juga mempunyai suasana yang baik untuk meraikan hari jadi.
Selepas makan malam, saya telah balik ke Kolej~~~~