2019年12月1日星期日

Ahli Keluarga Yang Dicintai


Ahli keluarga merupakan orang yang paling terdekat dengan kami. Ahli keluarga mengandungi ibu bapa, dan adik-beradik. Ibu bapa merupakan orang yang melahirkan anak-anak mereka dan membesarkan mereka. Ahli keluarga adalah sangat penting untuk semua masyarakat. Saya juga tidak dikecualikan.

Selepas memasuki Universiti Putra Malaysia, saya dan rakan-rakan jarang mempunyai masa untuk balik ke rumah sendiri. Bak kata peribahasa, air yang dicincang tidak akan putus. Walaupun menpunyai jarak yang jauh dengan ahli keluarga tetapi masih tidak akan mempunyai halangan dan lintangan di antaranya.

Minggu ini, saya menerima panggilan dari ibu. Saya berasa terkejut dan gembira. Ibu menanya saya ada masa tak? Bapa ingin datang ke UPM untuk mencari saya dan kakak makan malam bersama-sama. Ini merupakan kali pertama ibu bapa saya datang ke UPM cari saya untuk makan malam.
Kakak saya juga merupakan mahasiswi di UPM tetapi fakulti dan kursus yang diambil oleh kakak adalah beza dengan saya. Walaupun kami merupakan mahasiswi di UPM tetapi tidak mempunyai masa untuk bertemu.

Selepas menerima panggilan ibu, saya terus berjanji dengan ibu saya ada masa dan bersedia untuk menunggu ibu bapa datang ke sini.

Selepas dua jam, ibu bapa dan adik telah tiba di kolej saya. Mereka membawa saya dulu baru pergi membawa kakak. Saya dan kakak berbincang untuk mencari satu kafe yang mempunyai makanan yang sedap untuk memberikan ahli keluarga mencuba makanan yang kami pernah makan di sini. Oleh itu, kami telah membuat keputusan pergi ke kafe yang bernama “Moodment”. Kafe ini sesuai untuk makan bersama dengan ahli keluarga kerana situasi ini sesuai untuk berbual-bual.

Selepas kami sudah sampai di kafe ini dan sudah “order” makanan, kami berbual-bual dan sampai menunggu makanan dihidangkan.
Saya dengan kakak telah mengkongsikan segala perkara yang berlaku di sekeliling kami termasuk masalah yang dihadapi dan juga perkara yang gembira.
Masa bersama dengan ahli keluarga adalah sangat sangat cepat. Sudah sampai masa untuk balik ke kolej kerana esok mempunyai kuliah.
Saya bersama sangat gembira kerana ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk datang ke UPM mencari kami untuk makan malam. Ini merupakan pengalaman yang akan diingati dalam kehidupan saya.
Ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa dan juga “I 💓 You All”